Isnin, 27 Jun 2011

IKUT DIDIKAN RASULULLAH

Ini 'Ali .
Anak mama yang ke-dua.
'Ali suka warna hijau,sebab tu tulisan warna hijau.
Dia suka buat muka sedihh..cam nii lah..



 Adik 'Aliya..
Anak dara mama yang sangat manja dan keletah.
Sangat cerdik dan banyak akal :)( campuran abg Mujahid dan abg 'Ali)


 Camni la Adik...Sengih memanjang...
Gambar ni masa Perhimpunan Haluan di Penang..

 Bersama bonda tersayang...........miss u mak...
Depan tu hero2 semua...riuh bila berjumpa.........


Baba n 'Ali n 'Aliya.
Mujahid mase ni tido dlm kereta..


DIDIKAN RASULULLAH

"Anak adalah anugerah Allah, amanah yang tidak ternilai". Rasanya frasa ini cukup untuk mengambarkan tanggungjawab kita sebagai ibu/ bapa/ penjaga. Setiap bayi itu dilahirkan suci dan bersih seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya.

TIPS 1: Makanan & makan cara sunnah. Bermula dari dalam rahim lagi, berilah makanan yang baik-baik untuk isteri. Lebih baik makan terus kurma, kismis dan makanan-makanan sunnah terutamanya susu. Untuk anak kita, lahir sahaja taknik dengan kurma dan air zam-zam. Setiap kali makan kita bacakan doa, guna tangan kanan. Bila anak dah pandai pegang, ajar pegang makanan tangan kanan.  

TIPS 2: Dengarkan bacaan alQuran
Ambil masa baca alQuran. Bawa anak bersama-sama walaupun sangat susah mengawalnya. Biasalah anak-anak nak capai semua. Lagi baik, baca sahaja surah-surah pendek dan riba anak. Bila anak dah tidur baca surah al-ikhlas dan hembus di ubun-ubun. Doakan supaya berkekalan imannya. Bila dah boleh pegang, beri peluang anak pegang dan buka alQuran dengan kawalan. Anak saya suka buka alQuran/ buku dan apa yang boleh dibuka termasuk almari. Jadi gunakan ini untuk anak kita buka alQuran kerana ia satu kebaikan.

TIPS 3: Ajarkan zikir
Sentiasa zikir, biasakan lidah dengan ucapan zikir, seperti alhandulillah bila dapat sesuatu yang baik. Subhanallah bila melihat sesuatu yang menabjubkan.
TIPS 4: Bacakan doa
Anak belum pandai baca, tapi apa yang kita baca akan dia ingat... Betulkan? Try and error tidak salah dalam perkara ini. Jadi bila makan, suapkan anak makanan, maka baca doa kuat-kuat. Nak keluar rumah baca doa. Naik kenderaan baca doa. Pakaikan baju baca doa, buka baju baca doa. Berapa banyak doa? Semua doa yang kita tahu, kalau tidak baca bismillah. Tapi tak cukup itu sahaja, ambillah masa belajar doa. Bapa/ibu hebat akan belajar untuk anak, InsyaAllah anaknya rajin belajar.

TIPS 5: Tunjukkan wuduk & solat
Ini yang saya buat... bila ambil wuduk, saya wudukkan sekali anak saya. [dah 1 tahun, suka ikut ke mana-mana hehehe]. Suka sangat-sangat anak saya. Tak tahulah suka main air atau suka ambil wuduk. Saudaraboleh jawab kan. Tapi selepas beberapa kali, dia dah pandai hulurkan kaki untuk di basuh. Subhanallah... something feeling in heart. Tak tau nak explain. Solat sunat buat depan anak, biarlah dia panjat, pegang dll. Cucu Nabi Muhammad s.a.w. bermain -main ketika nabi solat. Sehingga sekali sujud lama sekali kerana cucunya bertenggek atas tengkuk. Buatlah dan rasailah sendiri. Satu perasaan yang luar biasa diberi oleh Allah. Tak boleh nak beli kat kedai...
WALLAHUA'LAM
Petikan dari Blog Anakku sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan